Tuesday, 15 November 2011

Matlamat Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedara
kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam
masyarakat dan negara untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegar
yang bersatu padu, patriotik dan boleh menyumbang ke arah kesejahteraa
masyarakat, negara dan dunia.

Objektif
Objektif mata pelajaran ini merangkumi tiga aspek iaitu pengetahuan
kemahiran dan nilai.

Objektif Pengetahuan :
i. Mengenal pasti tingkah laku yang boleh menyumbang terhada
pembangunan watak yang mulia.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab ke arah pembinaan keluarg
yang bahagia.
iii. Menjelaskan kepentingan hidup bersama secara harmoni.
iv. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia.
v. Menerangkan sistem kerajaan Malaysia dan sumbangan pemimpi
negara.
vi. Mengenal pasti cabaran dan ancaman dalam masyarakat.

Objektif Kemahiran :
i. Menguruskan diri dengan baik dan bertanggungjawab.
ii. Mengamalkan kesederhanaan dalam tingkah laku.
iii. Berinteraksi secara sopan dengan anggota keluarga, rakan da
masyarakat.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan rakan.
v. Belajar hidup bersama untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Menyertai aktiviti masyarakat untuk kebaikan bersama.
vii. Membuat keputusan yang bijak dengan mengambil kira kepentingan di
dan orang lain.

Objektif Nilai :
i. Mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri.
ii. Menghargai sumbangan ibu bapa dan anggota keluarga.
iii. Menghormati kaum dan budaya lain.
iv. Menyayangi alam sekitar.
v. Menunjukkan semangat kekitaan.
vi. Menghormati pemimpin dan menghargai jasa mereka.
vii. Menunjukkan perasaan bangga dan cinta akan negara.

Organisasi Kandungan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi penekanan terhada
penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik. Pengetahuan sivik terdi
daripada maklumat dan idea asas yang murid harus tahu serta menggunakanny
untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berkesan. Makluma
asas ini merangkumi aspek perkembangan diri, hubungan kekeluargaan
interaksi dengan orang lain, masyarakat pelbagai kaum dan budaya di Malaysia
pentadbiran negara dan cabaran masa depan.
Kemahiran sivik terdiri daripada kemahiran melibatkan diri dalam aktivit
aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah. Kemahiran ini membolehkan muri
membuat keputusan, menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivi
dan memberi sumbangan terhadap pembangunan keluarga dan masyarakat.
Komponen nilai sivik terdiri daripada nilai murni yang perlu untuk melahirka
insan yang berakhlak mulia dan warganegara yang bertanggungjawab. Nilai sivi
ini, antara lain merangkumi toleransi, menghormati hak orang lain, adil, saksam
dan patriotisme. Nilai sivik juga menekankan penghargaan terhadap persamaa
dan kelainan dalam masyarakat pelbagai budaya.

1. Kandungan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
Kandungan mata pelajaran ini digubal secara tematik. Penggubalan tema in
mengambil kira struktur hubungan murid dengan persekitarannya, bermula da
diri sendiri, hubungan dengan keluarga, masyarakat sekolah, komuniti lua
sekolah, negara dan cabaran masa depan murid. Dalam konteks ini, muri
didedahkan dengan unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang menjad
ciri-ciri masyarakat Malaysia.

Tema yang ditetapkan adalah seperti berikut:

i. Sayangi Diri
Tema ini menghuraikan aspek perkembangan diri iaitu cara muri
mengenal, mengurus dan mendisiplinkan diri serta mempelajari tentan
hak dan tanggungjawab mereka sebagai kanak-kanak. Topik dalam tem
ini ialah:
·  Mengenali diri
·  Keyakinan diri
·  Pengurusan diri
·  Disiplin diri
·  Pengurusan masa
·  Hak dan tanggungjawab kanak-kanak

ii. Sayangi Keluarga
Tema ini menghuraikan peranan dan tanggungjawab anggota keluarg
dan pembinaan keluarga bahagia mengikut perspektif pelbagai agama
Topik dalam tema ini ialah:
·  Mengenali keluarga sendiri
·  Peranan dan tanggungjawab anggota keluarga asas
·  Hubungan keluarga kembangan
·  Keluarga yang harmoni mengikut ajaran pelbagai agama da
kepercayaan

iii. Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat
Tema ini menghuraikan aspek interaksi dan komunikasi dalam komuni
sekolah, semangat kejiranan, tanggungjawab individu terhadap alam
sekitar dan peranan agensi tempatan dalam memastikan kesejahteraa
hidup bermasyarakat. Topik dalam tema ini ialah:
·  Interaksi dan komunikasi dengan komuniti sekolah
·  Semangat kejiranan
·  Aktiviti kejiranan
·  Tanggungjawab terhadap kawasan persekitaran
·  Kebersihan dan keceriaan persekitaran
·  Peranan agensi tempatan

iv. Kenali Budaya Malaysia
Tema ini menghuraikan kepelbagaian warisan budaya masyarakat da
tanggungjawab individu untuk mengekalkan dan menghargai warisa
budaya negara. Topik dalam tema ini ialah:
·  Kenali dan apresiasi kekayaan pelbagai warisan budaya Malaysia
·  Kenali adab sosial warisan budaya Malaysia
·  Tanggungjawab mengekalkan kepelbagaian warisan buday
Malaysia

v. Malaysia Negaraku
Tema ini menghuraikan aspek identiti negara, sistem kerajaan Malaysia
kepemimpinan negara dan tanggungjawab rakyat untuk mengekalka
kemerdekaan negara. Topik dalam tema ini ialah:
·  Kenali Malaysia
·  Bangga dengan identiti negara
·  Kenali sistem kerajaan Malaysia
·  Kenali dan hormati pemimpin negara
·  Hargai perjuangan tokoh-tokoh
·  Tanggungjawab mengekalkan kemerdekaan

vi. Sedia Hadapi Cabaran
Tema ini menghuraikan aspek persediaan diri untuk masa depan, ci
individu terpuji dan kehidupan remaja yang sihat dan cergas. Topik dalam
tema ini ialah:
·  Membina budaya cemerlang untuk masa depan
·  Ciri-ciri peribadi terpuji
·  Remaja yang sihat dan cergas

Sumber: Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Kementerian Pelajaran Malaysia

No comments:

Post a Comment